Download Lirik Lagu Diari Hatimu MP3 (06:04) - Top Song
Top Song

Lirik Lagu Diari Hatimu

Download Lirik Lagu Diari Hatimu MP3 Courtesy in Top Song uploaded by SuriaRecordsSRC. The lirik-lagu-diari-hatimu have 0 and 591. Details of Siti Nurhaliza - Diari Hatimu(Official Lyric Video) MP3 check it out.

Siti Nurhaliza - Diari Hatimu

Siti Nurhaliza - Diari Hatimu

8.33 MBSiti Nurhaliza

#sitinurhaliza Adiwarna merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”, "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit. Lagu "Satu Cinta Dua...

Diari hatimu - Siti nurhaliza Cover by Nurdin yaseng

Diari hatimu - Siti nurhaliza Cover by Nurdin yaseng

8.61 MBNurdin yaseng

Diari hatimu - Siti nurhaliza | Cover by Nurdin yaseng Musik: youtu.be/SXMUvraC0tk Lirik: Biarkan aku menjalin asmara Dengannya yang ku cinta Jangan ku dihalang Walau pedang Bukan penghalang Gelora rindu buat ku merasa tersiksa Jauh darinya Andai ku punya sayap Kau di bulan akan ku jelang Kasihku dengarlah suara hatiku Kata hati ini hanya dirimu seorang Yang ku sayang Kekasih, tulis namaku Di dalam diari hatimu Kekasih, setiap...

Siti Nurhaliza - Kau Kekasihku

Siti Nurhaliza - Kau Kekasihku

7.69 MBSuriaRecordsSRC

Kepada semua peminat Datuk Siti Nurhaliza yang merindui koleksi lagu-lagu lama beliau..Tunggu.. lebih banyak lagu akan menyusul.. Jangan lupa SUBSCRIBE kami

About Siti Nurhaliza - Diari Hatimu

Adiwarna merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”, "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, untuk album Adiwarna Siti Nurhaliza bersama mentornya Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”.

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”.

Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.

Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998, Siti berkata beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan stilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan. Selain itu Adiwarna bagi Siti juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.

Menurutnya: “Ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,". Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.

Trivia tentang "Diari Hatimu"

1. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Indonesia Ferdy Ferdian Khalid NS.

2. Lagu ini merupakan single kedua yang dilancarkan dari album ini.

3. Lagu ini mencetuskan kontroversi kerana Siti dituduh menciplak lagu nyanyian penyanyi 80an Indonesia, Kirey berjudul "Rindang Tak Berbuah". Bagaimanapun kontroversi terjawab apabila komposer lagu ini Ferdy Ferdian Khalid NS merupakan orang yang sama. Untuk versi Malaysia, ia digubah semula susunan muzik dan liriknya manakala melodinya tetap sama.